DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
LATARBELAKANG
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah
dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17
Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah digubal
berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
menandakan bermulanya satu lagi era baru di
dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun2020.
OBJEKTIF
Perpaduan negara akan terus menjadi
matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk
memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang
berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah
membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara yang maju dalam semua segi iaitu dari
segi keadilan sosial, nilai, etika dan
moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan
ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
DPN akan terus mengekalkan strategi
asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu
pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat untuk memperbaiki
ketidakseimbangan sosial
dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan
perpaduan negara. DPN adalah bertujuan
untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang
lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek
kritikal seperti berikut:
i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di
antara matlamat pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama;
ii. Memastikan pembangunan yang
seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan;
iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan
ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil
dan saksama faedah yang diperolehi dari
pertumbuhan secara lebih adil dan saksama
untuk semua rakyat Malaysia;
iv. Menggalak dan memperkukuhkan
integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam
pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan Bandar dan luar bandar;
v. Membangunkan sebuah masyarakat yang
progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping
mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian
yang positif serta menghayati perasaan
bangga dan cintakan negara;
vi. Memajukan sumber manusia dan termasuk
mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan
kemahiranyang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan industri melalui satu
budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan
matlamat
penyusunan semula masyarakat;
vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai
satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan
usaha membangunkan keupayaan dan
kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains
dan teknologi dalam proses membangunkan
satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
viii. Memastikan bahawa dalam usaha
mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang
sewajarnya diberikan kepada perlindungan
alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka
panjang bagi memastikan pembangunan negara
dapat dikekalkan secara berterusan.
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/313/8.-DASAR-PEMBANGUNAN-NASIONAL-DPN
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/313/8.-DASAR-PEMBANGUNAN-NASIONAL-DPN