BAB 1 SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah Tanah Melayu boleh dijejaki sejak
  • Zaman Paleolitik(Zaman Batu Awal, kira-kira 35000 tahun dahulu)
  • Zaman Mesolitik(Zaman Batu Tengah kira-kira 11000 tahun dahulu)
  • Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru kira-kira 5000 tahun dahulu)
  • Zaman Logam(Zaman Gangsa Besi kira-kira 2500 tahun dahulu)
Bahan-bahan arkeologi membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman-zaman tersebut. Penempatan manusia Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan(Perak), Gua Niah(Sarawak) dan Tingkayu(Sabah). Sementara itu penempatan-penempatan manusia Zaman Mesolitik yang ditemui di Tanah Melayu ialah di Gua Cha(Kelantan), Gua Kecil(Pahang), Jenderam Hilir(Selangor), Gua Madai dan Gua Gomantong(Sabah) dan Gua Niah(Sarawak). Penempatan-penempatan Zaman Logam adalah di Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk (Terengganu) dan Sungai Tembeling.
Sejak Zaman Neolitik lagi beberapa kawasan di Tanah Melayu menjadi tempat perdagangan. Ini kerana kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di tengah-tengah perjalanan pedagang China dan Arab. Hasil bumi Semenanjung Tanah Melayu telah diketahui oleh pedagang-pedagang asing sejak abad pertama. Antara hasil bumi yang popular ialah damar, rotan dan bahan-bahan galian seperti emas dan swarnabumi iaitu emas bumi kerana terdapat banyak emas di Tanah Melayu.

Sejak kurun pertama, beberapa buah kerajaan telah muncul di Nusantara ini, termasuk di Tanah Melayu. Ini menunjukkan bahawa di rantau ini telah wujud beberapa buah kerajaan sejak lama dahulu. Kerajaan-kerajaan ini merupakan kerajaan awal yang mempunyai tanah jajahan dan berperanan penting dalam memajukan tamadun Melayu.



Kawasan Nusantara atau Kepulauan Melayu ini telah didiami oleh orang Melayu sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada keseluruhan penduduk negeri Nusantara ini dan merupakan sebuah entiti sosial, budaya, dan fizikal yang mengalami pengaruh-pengaruh Hindu, Buddha, Islam, dan Kristian daripada kedatangan penjajah-penjajah barat(Perancis, Sepanyol dan Inggeris). Kawasan nusantara ini berpecah perintah mengikut kawasan mereka. Ekoran itu wujud entiti geopolitik yang berbeza-beza mengikut pengaruh penjajah yang berbeza-beza.

http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html#