BAB 3 SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN NEGARA

BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM 

Sistem pemerintahan Islam adalah
suatu sistem yang unik, sama sekali berbeza
dengan sistem-sistem pemerintahan
yang ada di dunia masa kini.
Ianya berbeza baik dari segi asas
yang menjadi landasan berdirinya pemikiran,
konsep tolok ukur serta hukum-hukum
yang digunakan untuk memelihara
kepentingan umat. Secara jelasnya
sistem pemerintahan Islam bukanlah
dalam bentuk: 
  • Pemerintahan Beraja.
  • Pemerintahan Republik/Demokrasi.
  • Pemerintahan Kekaisaran.
  • Pemerintahan Persekutuan.

Tegasnya sistem pemerintahan di dalam Islam adalah sistem Khilafah
dan ini telah disepakati dari Ijma’ Sahabah terhadap kesatuan Khilafah,
kesatuan negara serta ketidakbolehan berbai’at selain kepada seorang Khalifah
sahaja pada satu-satu masa.


RUKUN-RUKUN PEMERINTAHAN ISLAM

Sistem pemerintahan Islam tertegak di atas empat rukun seperti di bawah ini:


  •  Kedaulatan di tangan syara’
  • Kekuasaan adalah milik ummat.
  • Mengangkat seorang khalifah hukumnya adalah fardhu bagi seluruh kaum muslimin.
  • Hanya Khalifah yang berhak melakukan tabanni (menerima pakai) terhadap hukum-hukum syara.
  • Khalifah juga berhak membuat undang-undang dasar dan semua undang-undang yang lain.
Prinsip ini menjelaskan kepada kita bahawa kedaulatan bukanlah berada di tangan ummat
sebagaimana yang berlaku di dalam sistem demokrasi.
Ini jelas dengan memandang kepada keadaan dimana semua urusan dan aspirasi individu
adalah ditangani dan diatur oleh syara’ bukanlah individu itu sendiri dengan sesukanya.
Seluruh perbuatan dan tindakan setiap individu adalah terikat dengan perintah dan larangan Allah swt.
Dalil yang berkaitan dengan hal ini adalah sebagaimana firman Allah swt:

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga
mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihan”
(TMQ An-Nisa: 65)

“Hai orang-orang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul-Nya dan Ulil amri di antara kamu kemudian
jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada
Allah(Al-Kitab) dan Rasul(Sunnahnya),
jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian”
(TMQ An-Nisa: 59)

Pengertian “Kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul” adalah
“Kembalikan kepada Hukum Syara’”.

Oleh yang demikian, yang “berautoriti” ditengah-tengah umat dan individu serta yang menangani dan
mengendalikan aspirasi umat dan individu itu adalah apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Di mana umat dan individu itu kesemuanya wajib tunduk kepada syara.
Kerana itulah kedaulatan di tangan syara’.
STRUKTUR DAULAH ISLAM

Daulah Islam berdiri di atas lapan struktur iaitu:
  
     1. Khalifah (ketua negara).
     2. Mu’awin Tafwidh.
     3. Mu’awin Tanfidz.
     4. Amirul Jihad.
     5. Wali.
     6. Qadhi.
     7. Mashalih Daulah.
     8. Majlis Umat.